fbpx
Dolla yang dianggotai Tabby, Angel dan Sabronzo bertemu Menteri Komunikasi di Parlimen Malaysia semalam.

‘Terima kasih sudi dengar’ – Dolla jumpa Fahmi di Parlimen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Selepas reda kontroversi berpenampilan seksi dalam video muzik (MV), kumpulan Dolla dilihat mengadakan pertemuan dengan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil di Bangunan Parlimen Malaysia, semalam.

Trio sensasi yang dibarisi Sabronzo, Tabby, Angel itu juga duduk semeja dengan Fahmi seperti membincangkan perkara tertentu.

“Masa depan yang sangat menarik. Terima kasih YB Fahmi dan pasukan,” tulis kapsyen pada foto serta video dikongsikan dalam Instagram.

Begitupun, mereka tidak memperincikan perjumpaan tersebut, sebaliknya hanya mengabadikan kenangan selain menyampaikan cenderamata berupa ‘lightstick’ iDolla kepada Fahmi.

Sementara itu, syarikat rakaman yang memayungi Dolla, Universal Music Malaysia turut menzahirkan penghargaan buat Fahmi dan Kementerian Komunikasi atas kesudian mengadakan pertemuan berkenaan.

“Satu penghormatan besar dapat duduk bersama Menteri Komunikasi petang ini.

“Terima kasih atas perbincangan dan kesudian mendengar visi kami.

“Perkara menarik sedang menanti industri dan kami tidak sabar untuk menjadi sebahagian daripadanya,” tulis kenyataan pihak terbabit di laman sosial.

Difahamkan, pertemuan itu turut disertai Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kim Lim.

Sebelum ini MV Dolla, Question yang mencetuskan perdebatan ramai kerana disifatkan terlalu mencolok mata diturunkan dari YouTube selepas mendapat teguran ramai pihak termasuk Menteri Agama, Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar.

Pihak label juga mengakui maklum dan memahami kebimbangan ramai berhubung penampilan ahli kumpulan Dolla dalam MV terbabit yang dianggap tidak sesuai serta menimbulkan sensitiviti dalam kalangan penonton. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI