fbpx
Shamsul Iskandar

Shamsul Iskandar letak jawatan sebagai Setiausaha Politik Kanan PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin mengumumkan perletakan jawatan sebagai Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, hari ini.

Shamsul Iskandar dalam hantaran di aplikasi X memaklumkan, beliau difahamkan ada percubaan untuk menyerangnya dengan perkara yang boleh merosakkan imej kerajaan Madani.

“Justeru saya mengambil keputusan untuk mempertahankan diri saya daripada serangan ini.

“Saya juga pagi tadi telah menyerahkan surat peletakan jawatan saya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri di atas kepercayaan yang diberikan kepadanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN