fbpx
Meor Ismail (kiri) semasa melawat mangsa banjir yang berlindung di PPS SMK Geting, Tumpat hari ini. Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN / KOSMO!

Serahan bantuan mangsa banjir di PPS perlu ikut prosedur – Nadma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TUMPAT – Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) tidak menghalang dan mengawal pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menyalurkan sumbangan kepada mangsa banjir yang berlindung pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan.

Ketua Pengarahnya, Meor Ismail Meor Akim berkata, bagaimanapun, semua NGO yang terlibat perlu mengikut prosedur yang betul melalui Ketua Jajahan atau Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB).

Menurutnya, pihaknya mengakui ada menerima satu aduan mengenai dakwaan melibatkan mangsa banjir dihalang daripada menerima bantuan daripada NGO di sebuah PPS di negeri ini baru-baru ini.
“Nadma tidak mengawal NGO daripada menyampaikan bantuan dan prosedur yang ditetapkan hanya untuk memudahkan penyelarasan bantuan.

“Tiada halangan kepada NGO untuk menyalurkan bantuan di PPS, tetapi perlu mengikut prosedur yang betul. Apabila mereka (NGO) datang, janganlah main terjah sahaja,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat mangsa banjir di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Geting, di sini hari ini.

Meor Ismail memberitahu, segala prosedur untuk menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di PPS sudah ditetapkan kerana ini bukan kejadian pertama bah melanda negeri ini.

Dalam perkembangan sama, setakat ini, seramai 19,422 mangsa daripada 6,554 keluarga terjejas banjir di lapan negeri dan 112 PPS dibuka dengan 40 pusat pemindahan di Kelantan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI