fbpx
Izham ketika meninjau projek mitigasi di Seksyen 23, Shah Alam hari ini.

Selangor sediakan papan pemantauan projek banjir untuk awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Kerajaan akan menyediakan papan pemantauan projek mitigasi banjir yang boleh diakses umum dalam melihat kemajuan projek tersebut.

Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Datuk Izham Hashim berkata, arahan telah diberikan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor bagi penyediaan itu yang dijangka boleh disiapkan selewat-lewatnya enam bulan lagi.

Katanya, langkah itu juga disifatkan telus supaya rakyat Selangor mengetahui lebih lanjut terhadap pembangunan projek di lokaliti mereka.

“Itu maklumat dan bukan ada rahsia serta boleh kongsi. Tiada sebab kita perlu sembunyikan benda ini.

“Kalau ada isu dengan kontraktor kita ambil tindakan. Pada masa kita bantu juga (kontraktor) namun mereka perlu beri kerjasama
untuk siapkan projek yang telah diluluskan dalam membantu pengurusan banjir di Selangor,” katanya ketika ditemui selepas meninjau projek mitigasi banjir di Seksyen 23 di sini hari ini.

Menurut beliau, hampir RM3.5 bilion telah diperuntukkan Kerajaan Persekutuan melibatkan 18 projek jangka panjang manakala RM500 juta daripada kerajaan negeri untuk lebih 20 projek sedang dijalankan serentak di Selangor.

Tambah Izham, beliau juga telah meluluskan projek segera yang dilaksanakan dalam tempoh sehingga dua bulan di lapan daripada 12 pihak berkuasa tempatan yang sering dilanda banjir.

“Ia melibatkan peruntukan sebanyak RM27 juta dengan 142 projek. Alhamdulillah, saya tengok di banyak tempat yang sebelum ini sering banjir didapati sudah tiada atau minima keadaannya.

“Ini termasuk di Bukit Naga, Sungai Kandis, Bukit Kemuning dan Kampung Air Kuning yang dapat diatasi masalah banjirnya,” katanya.

Mengulas mengenai keadaan infrastruktur di Hulu Langat, Izham memaklumkan walaupun projek Penyelarasan Banjir Rancangan Tebatan Banjir Langat 2 (Pakej 1) mendapat peruntukan lebih RM500 juta, ia masih dalam peringkat penerimaan dan reka bentuk.

“Sementara menunggu pelaksanaan penuh, beberapa projek interim sedang dijalankan bagi meminimumkan impak banjir kepada kawasan terlibat.

“Kita juga perlu koordinasi atau penyelerasan dengan Syarikat Air Selangor Sdn. Bhd. disebabkan projek tebatan itu memerlukan kerja-kerja pengorekan, rumah pam dan pengukuhan tebing,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI