fbpx
Mangsa banjir di Kampung Ulu Sungai di Raub dipindahkan ke PPS sejak malam tadi.

Raub mula dilanda banjir, 22 mangsa dipindahkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RAUB – Raub menjadi daerah pertama di negeri ini dilanda banjir kali ini apabila 22 mangsa daripada 10 keluarga di Kampung Ulu Sungai dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) selepas rumah mereka dinaiki air malam tadi.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Raub, Samasuddin Kambade berkata, kesemua mangsa dipindahkan ke PPS Balairaya Kampung Ulu Sungai di sini bermula pukul 11.30 malam tadi.

“Mangsa terdiri daripada lima lelaki dewasa, empat wanita dewasa, empat kanak-kanak lelaki, lapan warga emas dan seorang orang kurang upaya (OKU).
“Kejadian banjir berlaku susulan hujan lebat berterusan dan limpahan air Sungai Lipis di Batu Malim,” katanya di sini hari ini.

Menurut Samasuddin, pihaknya terus melakukan pemantauan di daerah ini dari semasa ke semasa.

Katanya, pada masa ini air sungai menunjukkan trend penurunan, tetapi keadaan di hulu sungai masih lagi hujan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI