PUTATAN – Proses mengundi awal membabitkan pegawai dan anggota tentera di Kem Lok Kawi di sini bermula pada pukul 8 pagi tadi.
Tinjauan di Pusat Mengundi Awal Sekolah Agama Rakyat Kem Lok Kawi mendapati, warga tentera darat dan pasangan beratur untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing seawal pukul 7 pagi.
Panglima 5 Divisyen, Datuk Noorrul Azril Ariffin dan isterinya, Datin Noriza Md. Rashid mengundi pada pukul 8.00 pagi. Sebanyak enam saluran mengundi dibuka dan proses pengundian akan berlangsung sehingga pukul 5 petang ini.
Secara keseluruhannya, seramai 2,569 anggota tentera dan 528 pasangan terlibat dalam pengundian awal. Seramai 3,097 pengundi awal akan menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 kali ini. – KOSMO! ONLINE















