fbpx
Mohd. Yusoff (tiga dari kanan) menyampaikan bantuan bakul makanan kepada mangsa banjir yang berlindung di PPS SK Kok Keli, Tumpat hari ini. - Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

Polis pantau rumah mangsa banjir elak kecurian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Rumah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan pemindahan sementara (PPS) di Kelantan berada dalam pemantauan polis bagi mengelakkan kes pecah rumah dan kecurian sepanjang musim tengkujuh.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, sehubungan itu, mangsa yang berpindah ke PPS disarankan untuk mengisi maklumat menerusi aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

“Ramai salah anggap VSP hanya untuk musim perayaan. Aplikasi itu boleh digunakan semasa banjir untuk memberi panduan kepada polis membuat rondaan. Setakat ini, belum ada mangsa banjir di Kelantan mengisi maklumat itu menerusi VSP selepas berpindah ke PPS,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Kok Keli di sini hari ini.

Mohd. Yusoff memberitahu, aplikasi itu memudahkan polis membuat rondaan secara berkala di kawasan yang terjejas banjir dan pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai kes pecah rumah dan kecurian sepanjang beberapa hari banjir melanda Kelantan setakat ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN