fbpx
Mohammad Arif dibawa polis selepas prosiding di Mahkamah Sesyen Klang, hari ini.

Penganggur dijel 5 tahun cuba bunuh polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Tindakan seorang penganggur yang cuba membunuh anggota polis berpangkat Sarjan dengan cara mengheret menggunakan keretanya di stesen minyak dua minggu lalu berbalas selepas dijatuhi penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Sharifah Hascindie Syed Omar memerintahkan tertuduh, Mohammad Arif Selamat, 33, menjalani penjara dari tarikh dia ditangkap pada 13 November lalu.

Tertuduh juga didenda RM10,000 atau penjara tambahan 12 bulan sekiranya gagal membayar selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan dihadapinya.
Mengikut pertuduhan, Mohammad Arif didakwa telah memandu kereta sehingga menyebabkan Sarjan Polis, Syed Ali Syed Akil, 46, terheret dan boleh menyebabkan kematian di sebuah stesen minyak di Persiaran Raja Muda Musa pada pukul 3.03 petang, 12 November lalu.

Justeru, dia dakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga 20 tahun dan denda, sekiranya disabitkan kesalahan.

Pada prosiding itu, Mohammad Arif yang tidak diwakili peguam merayu agar hukuman ringan atas alasan bapanya berusia 61 tahun mempunyai penyakit jantung.

Timbalan Pendakwa Raya Peh Fong Xi menjelaskan, tindakan tertuduh telah menyebabkan mangsa terheret pada kereta yang dipandunya yang menunjukkan secara jelas niatnya.

Tambahnya, kes ini menjadi tumpuan orang ramai dan hukuman berat wajar dikenakan sebagai pengajaran kepada tertuduh dan kepada orang awam.

“Pohon mahkamah mengambil kira bahawa mangsa merupakan penjawat awam iaitu polis yang sedang menjalankan tugasnya,” tegasnya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang penjenayah yang tular bertindak agresif dan hampir mengilis anggota polis menggunakan kenderaan di stesen minyak di Persiaran Raja Muda Musa berjaya ditangkap awal pagi, 13 November lalu.

Penahanan suspek lelaki warga tempatan berusia 33 tahun itu dibuat pukul 12.45 tengah malam di sekitar bandar Bukit Tinggi.

Siasatan mendapati semasa kejadian anggota polis sedang ingin menangkap suspek yang disyaki terlibat dalam kes samun di Subang Jaya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI