fbpx
Anggota keselamatan menyelamatkan sebuah keluarga di Sg. Sumun, Bagan Datuk hari ini. Foto IHSAN APM

Mangsa banjir di Perak kini lebih 3,000 penduduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Hujan berterusan di negeri ini sejak pagi kini menyebabkan seramai 3,121 penduduk daripada 991 buah keluarga menjadi mangsa bencana banjir.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak berkata, kesemua mangsa dari lapan buah daerah berkenaan ditempatkan di 37 buah pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka.

Katanya, Manjung masih kekal sebagai daerah paling ramai mangsa iaitu 1,401 penduduk melibatkan 421 buah keluarga dengan mereka ditempatkan di 14 buah PPS.
“Ia diikuti Perak Tengah yang mempunyai 784 orang mangsa daripada 262 buah keluarga dan mereka kini berlindung di sembilan buah PPS. Seterusnya ialah Bagan Datuk yang mempunyai 392 mangsa (134 keluarga) yang ditempatkan di empat PPS.

“Daerah berikutnya ialah Hilir Perak yang mempunyai 281 orang mangsa melibatkan 93 buah keluarga, dengan mereka berteduh di tiga buah PPS disediakan. Muallim pula mempunyai 167 mangsa (49 keluarga) yang ditempatkan di tiga PPS,” katanya di sini hari ini.

Katanya, Larut, Matang dan Selama pula menempatkan 79 penduduk dari 27 buah keluarga di dua PPS yang dibuka, sementara Batang Padang mempunyai sebuah PPS beroperasi yang didiami tiga mangsa dari sebuah keluarga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN