fbpx
MALAYSIA B-16 (jersi kuning) berjaya mencatat kemenangan 1-0 ke atas Hong Kong pada kelayakan Piala Asia B17 semalam. - FAM

Malaysia B-16 buru kemenangan ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LANGKAH skuad bawah 16 tahun (B-16) negara semakin tersusun dalam misi layak ke kejohanan Piala Asia B-17 2026 selepas melakar kemenangan bersih saingan kelayakan Kumpulan C sekali gus berkongsi kedudukan dengan pendahulu, Vietnam ketika ini.

Selepas meraih enam mata maksimum dengan menewaskan Kepulauan Mariana Utara dan Hong Kong, skuad muda Harimau Malaya sedia menjinakkan Macau dalam aksi ketiga di Padang Vietnam YFTC, Hanoi esok.

Pengendali skuad muda negara, Javier Jorda Ribera mengakui jadual padat telah memaksa rombakan dilakukan pada aksi bertemu Hong Kong hingga menyaksikan pasukan hanya mampu menang tipis 1-0 semalam.

Menurut Ribera, fokus pasukan ketika ini terarah pada tiga baki perlawanan Kumpulan C dengan pasukan terdesak untuk bergelar juara kumpulan dalam misi layak ke kejohanan akhir di Arab Saudi pada Mei depan.

“Selepas ini kita akan menentang Macau yang saya anggap pasukan lebih baik daripada aspek disiplin selain taktikal yang lebih ketika melakukan serangan balas pantas.

“Mereka meraih keputusan seri 1-1 menentang Singapura dan turut menunjukkan permainan yang baik ketika berdepan Hong Kong.

“Sekali lagi, kami perlu menggilirkan pemain dan membuat pilihan terbaik dengan teliti berdasarkan prestasi serta keadaan fizikal. Objektif kami jelas untuk meraih tiga mata lagi,” kata Ribera.

Selepas itu, skuad muda negara akan bertemu Singapura pada Jumaat ini dan tuan rumah, Vietnam (Ahad) untuk melengkapkan aksi Kumpulan C.

Sebagai rekod, Malaysia telah layak ke kejohanan Piala Asia B-17 sebanyak enam kali dengan kali terakhir melakukannya pada edisi 2023 di Thailand. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN