fbpx
Seorang lelaki warga emas ditemukan maut selepas bot dinaiki bersama empat yang lain terbalik di Kampung Sungai Tiang Baroh, Selekoh dekat Bagan Datuk hari ini.

Lelaki warga emas maut bot terbalik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BAGAN DATUK – Seorang lelaki warga emas lemas selepas bot yang dinaiki bersama empat yang lain terbalik di Kampung Sungai Tiang Baroh, Selekoh di sini hari ini.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, Shazlean Mohd. Hanafiah berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada pukul 11.27 pagi.

“Berdasarkan maklumat diperoleh, empat lelaki Myanmar berjaya menyelamatkan diri, manakala seorang lelaki tempatan yang juga pengemudi bot dihanyutkan arus deras. Operasi menyelamat menemukan mangsa di kawasan paya berdekatan lokasi bot terbalik,” katanya di sini hari ini.

Shazlean berkata, mangsa yang terperangkap di benteng lumpur pada paras dada dipindahkan ke tempat selamat sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. –  KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN