fbpx
Pelajar mengulang kaji pelajaran sebelum menduduki peperiksaan bertulis SPM bagi kertas Bahasa Melayu di SMK Yan, hari ini.

Lebih 90 calon SPM terjejas banjir di Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

YAN – Lebih 90 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Kedah terjejas akibat banjir selepas rumah mereka dinaiki air dengan majoriti membabitkan pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun di daerah Kubang Pasu.

Pengarah Pendidikan negeri, Abdul Rahim Mat berkata, ia turut melibatkan tiga pelajar dari Padang Serai dalam daerah Kulim.

Katanya, jumlah tersebut meningkat berbanding 41 pelajar sahaja ketika beliau memantau keadaan di SMK Changlun sehingga pukul 10 malam tadi.
“Ada yang datang ke sekolah lewat malam tadi selepas rumah mereka dinaiki air dan kini kesemuanya ditempatkan di asrama sekolah berkenaan.

“SMK Changlun memang dijadikan pusat penempatan sementara (PPS) dan bagi calon peperiksaan terlibat kita asingkan mereka di asrama supaya lebih kondusif untuk belajar dan membuat ulang kaji,” katanya ketika ditemui selepas meninjau SPM di SMK Yan, di sini hari ini.

Beliau berkata, operasi membawa pelajar ke sekolah turut membabitkan kerjasama rapat agensi keselamatan serta komuniti setempat termasuk penggunaan kenderaan besar yang mampu meredah banjir.

“Saya sendiri melihat operasi pemindahan semalam yang melibatkan Angkatan Pertahanan Awam, bomba dan polis. Selain itu, komuniti kampung bersama penduduk setempat juga banyak membantu melancarkan urusan pemindahan mangsa,” ujarnya.  – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI