fbpx
Gambar hiasan.

Lapan negeri dijangka mengalami hujan lebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah sehingga pukul 9 malam ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, antara kawasan diramal mengalami cuaca buruk di Perak adalah Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

“Pahang melibatkan Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Pekan dan Rompin. Selangor melibatkan Sabak Bernam dan Hulu Selangor, manakala Negeri Sembilan di Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau.

“Selain itu, kawasan yang dijangka terjejas adalah seluruh Melaka dan Johor melibatkan daerah Kluang dan Mersing,” kata kenyataan itu hari ini.

Amaran cuaca buruk itu berterusan di Sarawak di melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong (Pusa dan Betong), Sibu (Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu, Miri dan Limbang.

Bagi Sabah, daerah terlibat adalah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan dan Keningau), Pantai Barat (Papar) dan Tawau (Tawau, Kunak dan Semporna). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN