fbpx
ARIF Aiman tidak akan menyertai skuad JDT yang bersiap untuk berdepan Melbourne ekoran kecederaan ketika bersama Harimau Malaya.

JDT idam benam Melbourne

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SKUAD Johor Darul Ta’zim (JDT) tekad untuk mencabar kelompok atasan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) dengan mensasarkan keputusan positif ketika bertemu jaguh Australia, Melbourne City di Stadium Rectangular, hari ini.

Sebagai rekod, skuad Harimau Selatan kini selesa berada di kedudukan kedua carta liga zon timur saingan ACLE selepas mengutip tujuh mata daripada empat perlawanan yang diharungi.

Pengendali JDT, Xisco Munoz mengakui cabaran buat pasukan pada aksi kali ini agak perit selepas mengharungi jadual padat dengan terpaksa menempuh perjalanan panjang beraksi di gelanggang lawan.

“Kita perlu waspada dengan ancaman yang boleh diberikan oleh pasukan Melbourne dan pemain perlu sesuaikan diri secepat mungkin bagi aksi di tempat yang nampak agak mencabar.

“Pasukan lawan juga sudah menunjukkan prestasi terbaik apabila berjaya menang dua perlawanan berturut-turut dan mula mempamerkan kebangkitan dalam kempen ACLE musim ini.

“Paling penting kita perlu sentiasa bersedia kerana Melbourne adalah pasukan yang kuat dan dibarisi ramai pemain berkualiti.

“Saya harap kita dapat hadir ke sana dan memberi yang terbaik pada perlawanan itu dengan mempamerkan aksi berintensiti tinggi kerana kita tahu mereka juga akan bermain secara agresif,” katanya.

Mengulas lanjut, Xisco juga mengesahkan pemain sensasi Arif Aiman Hanapi tidak bersama pasukan kali ini susulan kecederaan yang dialami ketika mewakili skuad Harimau Malaya dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal minggu lalu.

“Kita terasa kehilangan Arif Aiman dalam skuad JDT dan saya berharap dia akan kembali lebih kuat sebaik pulih daripada kecederaan.

“Bagaimanapun, kita ada strategi tersendiri dan saya yakin barisan pemain yang sedia ada mampu menggalas tugas,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN