fbpx
EZE meledak hatrik ketika membantu Arsenal menguasi derbi London apabila membenam Spurs awal pagi semalam. - AFP

EPL: Arsenal mula nikmati selesa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pengendali Arsenal, Mikel Arteta memuji prestasi cemerlang yang dipamerkan pemain tengahnya, Eberechi Eze yang muncul pemain paling menonjol ketika membenam Tottenham Hotspur 4-1 di Emirates, awal pagi semalam.

Selepas Leandro Trossard membuka tirai gol, Eze menjadi pemain pertama dalam tempoh 47 tahun meledak jaringan hatrik pada aksi derbi London, manakala Spurs memperoleh gol sagu hati menerusi Richarlison.

“Selepas tugas bersama England, dia mempunyai tempoh rehat dua hari, tetapi dia memilih untuk hanya cuti sehari dan kembali berlatih. Dia mahu prestasinya meningkat dengan melakukan latihan tambahan.

“Apabila ada pemain dengan bakat dan keinginan yang tinggi, situasi ini (meledak hatrik) bukanlah perkara yang mustahil. Saya sangat gembira kerana sejak hari pertama dia tiba, ada sesuatu yang berbeza dibawanya,” katanya.

Kemenangan itu membolehkan Arsenal ketika ini mencipta jurang enam mata di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas pencabar utama Manchester City dan Liverpool mengalami kekalahan, namun Arteta mengakui belum berasa selesa dengan kelebihan berkenaan.

“Dalam liga ini, jurang mata sebegitu tidak memberikan makna yang besar. Kami melakukan tugas dengan baik dan konsisten. Apabila anda melihat kepada keputusan, sama ada mereka menang atau kalah, perbezaannya tidak begitu ketara.

“Selepas keputusan seri menentang Sunderland sebelum ini, kami memerlukan momentum untuk kembali mendapatkan kemenangan. Kejayaan pada aksi derbi London kali ini adalah permulaan yang sangat bagus untuk Arsenal,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN