fbpx
Gambar fail kari ayam. - Pexels

Enggan masak kari ayam, isteri maut di tangan suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW DELHI – Seorang lelaki berusia 32 tahun yang mempunyai masalah ketagihan alkohol menamatkan riwayat isterinya selepas mangsa enggan memasak kari ayam untuk makan malam, lapor laman berita Times of India hari ini. 

Kejadian berlaku di Mundasahi, daerah Jajpur malam Ahad lalu, manakala suspek telah ditangkap atas tuduhan membunuh.

“Kami menghantar mayat ke hospital daerah di Jajpur untuk bedah siasat. Polis sedang menyiasat kes itu,” kata Inspektor Ashis Kumar Sahoo.

Dalam kejadian itu, suspek pulang ke rumah dalam keadaan mabuk dan menyuruh isterinya memasak kari ayam, tetapi wanita tersebut enggan kerana tidak sihat. 

Dalam keadaan marah, dia secara tiba-tiba menyerang mangsa dengan pisau sehingga menyebabkan kecederaan serius sebelum wanita itu tidak sedarkan diri. 

Mangsa kemudian dibawa ke sebuah pusat kesihatan komuniti di Jajpur Road oleh beberapa penduduk kampung sebelum disahkan meninggal dunia.

Pasangan itu bekerja di sebuah kilang bata dan mempunyai tiga anak lelaki serta tiga anak perempuan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI