fbpx
Mangsa banjir dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Wawasan, Jitra hari ini. Foto oleh SHAHIR NOORDIN / KOSMO!

Calon SPM terjejas banjir dinasihat tidak berpatah balik ke rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JITRA – Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah menasihatkan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dipindahkan ke asrama agar tidak pulang ke rumah sehingga keadaan banjir pulih sepenuhnya ekoran cuaca tidak menentu ketika ini.

Pengarahnya, Leftenan Kolonel (PA) Mohd. Bukhori Mat Sidik berkata, situasi banjir dijangka berlarutan sehingga Monsun Timur Laut (MTL) berakhir pada Mac tahun depan sekali gus meningkatkan risiko bencana.

“Semalam, kita memindahkan 30 calon melibatkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun, SMK Hosba dan SMK Jitra supaya mereka dapat menduduki peperiksaan hari ini.
“Kita menasihatkan mangsa banjir yang terdiri daripada calon SPM supaya tidak pulang ke rumah kerana keadaan masih tidak menentu. Sekiranya berlaku hujan lebat dan paras air meningkat, mereka berisiko terperangkap dan perlu diselamatkan semula.

“Jadi, kita nasihatkan mereka berada di pusat pemindahan sehingga situasi semakin pulih,” katanya kepada pemberita ketika meninjau keadaan banjir di kawasan terjejas di sini hari ini.

Beliau menambah, pada masa sama pihaknya menjangkakan risiko banjir di Kota Setar dan Padang Terap turut meningkat selepas beberapa sungai mencatatkan kenaikan paras air secara mendadak, meletakkan daerah itu dalam zon berjaga-jaga sepanjang minggu ini.

Katanya, 10 sungai kini berada pada paras bahaya termasuk Sungai Bata dan Sungai Laka (Kubang Pasu), Sungai Perik dan Sungai Sari (Padang Terap), Sungai Titi Kerbau (Pendang) serta Sungai Anak Bukit (Kota Setar). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN