fbpx
Dua calon SPM menaiki traktor ke pusat peperiksaan ekoran banjir di Jalan Felda Besout - Slim Rive, Kampung Kuala Slim, Slim River, Tanjung Malim hari ini.

Calon SPM guna traktor ke pusat peperiksaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TANJUNG MALIM – Dua pelajar perempuan yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terpaksa menggunakan traktor dan menaiki kenderaan pacuan empat roda sebagai alternatif ke pusat peperiksaan selepas Jalan Felda Besout-Slim Rive, Kampung Kuala Slim, Slim River di sini dinaiki air ekoran banjir.

Difahamkan, pelajar berkenaan dari sekolah menengah berasingan dan menduduki peperiksaan SPM yang terletak di Slim River.

Menurut Setiausaha Masjid Kampung Kuala Slim, Shukeriradzi Md. Said, 55, berkata, hujan lebat yang turun tanpa henti sejak kelmarin di kawasan setempat dan bahagian hulu sungai menyebabkan air Sungai Bernam melimpah sebelum ke permukaan jalan.
Katanya, sebahagian calon SPM di sekolah itu dipindahkan ke asrama salah sebuah sekolah berkenaan sementara yang terkandas hari ini pula tidak menjangka bakal terputus akses perhubungan darat jalan hari ini.

“Dua pelajar perempuan berkenaan berkumpul di pekarangan masjid kemudian pihak masjid meminta jasa baik pihak ladang untuk mengggunakan traktor.

“Pelajar berkenaan menempuh jalan yang dinaiki air kira-kira 200 meter sebelum saya menggunakan pacuan empat roda menghantar pelajar ke sekolah berkenaan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Katanya lagi, jalan berkenaan dilalui kira-kira 1,000 penduduk kampung berkenaan termasuk penduduk Felda Besout dan dua buah kampung di kawasan Hulu Bernam, Selangor yang bersempadanan dengan negeri Perak. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN