fbpx
Tangkap layar menyaksikan pasukan bomba dalam perjalan ke sempadan Malaysia-Thailand hari ini.

Bomba Malaysia bantu rakyat tempatan terperangkap banjir di Hatyai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

PETALING JAYA – Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dilihat bergegas menghantar aset penyelamat ke Hatyai, Thailand susulan banjir besar yang melanda bandar itu sejak beberapa hari lalu.

Menerusi satu klip video yang tular di media sosial, JBPM Kedah dilaporkan menggerakkan beberapa aset penting termasuk bot penyelamat serta trak taktikal bagi membantu rakyat Malaysia yang terkandas di kawasan terjejas.

Rakaman yang dibuat seorang pengguna jalan raya itu menunjukkan konvoi bantuan berkenaan dalam perjalanan menuju ke sempadan utara, lengkap dengan muatan kotak barangan asas seperti makanan, minuman serta keperluan harian lain.

“Terbaik Bomba Malaysia, janji semua rakyat kita yang terkandas di sana dapat diselamatkan dan mendapat bantuan yang cukup,” kata seorang pengguna TikTok, @SyedHussein, yang turut memuat naik klip berkenaan.

Difahamkan, mangsa dari Malaysia yang terperangkap akibat banjir di Hatyai dikatakan tidak menerima bantuan mencukupi daripada pihak berkuasa Thailand, menyebabkan pasukan penyelamat negara mengambil inisiatif segera menghulurkan bantuan.

Setakat ini, semua mangsa dilaporkan berada dalam keadaan baik dan selamat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN