fbpx
Gambar hiasan

Banjir: SPRM Perlis tutup sementara, salur aduan rasuah melalui talian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis ditutup sementara susulan banjir yang melanda negeri berkenaan.

SPRM dalam kenyataan berkata, penutupan tersebut berkuat kuasa hari ini selepas laluan utama menuju ke pejabat berkenaan dinaiki air sehingga tidak dapat dilalui.

“Setakat ini, tiada jangkaan mengenai tarikh operasi pejabat itu akan dibuka semula dan perkara tersebut bergantung kepada perkembangan semasa keadaan banjir di Perlis,” katanya, hari ini.
Bagaimanapun, semua aduan rasuah atau sebarang urusan rujukan masih boleh dibuat melalui saluran rasmi SPRM termasuk Portal SPRM di alamat www.sprm.gov.my, Portal Aduan Rasuah SPRM di www.portaladuan.sprm.gov.my , talian bebas tol 1800-88-6000, serta aplikasi MACC Mobile.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan tiga lokasi di negeri utara Semenanjung itu melepasi paras bahaya melibatkan Sungai Kampung Bakau di Kampung Bakau, Kangar; Sungai Jarum di Kampung Masjid serta Empangan Timah Tasuh di Padang Besar – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI