fbpx
Gambar hiasan

Banjir: Selangor kedua tertinggi selepas Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Selangor merekodkan 2,719 mangsa banjir yang merupakan negeri kedua terbanyak selepas Kelantan.

Menurut portal Info Bencana Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah itu direkodkan setakat pukul 10.05 pagi ini dengan keseluruhan mangsa di Selangor terdiri daripada 748 buah keluarga.

Kuala Selangor mencatatkan jumlah tertinggi mangsa banjir iaitu 1,083 orang melibatkan kawasan Ijok dan Jeram.
Empat daerah lain pula adalah Klang (639), Shah Alam (575), Hulu Langat (265) serta Sabak Bernam (157).

Berdasarkan portal itu juga menunjukkan 19 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka dengan PPS Sekolah Kebangsaan Desa Aman merekodkan jumlah paling ramai seramai 949 mangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN