fbpx
eadaan terkini banjir dilihat dari bangunan hotel yang didiami pelajar UUM di Hatyai, Thailand.

Banjir Hatyai: Pelajar, staf UUM masih terkandas, air naik tingkat satu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BUKIT KAYU HITAM – “Pagi ini, paras air semakin naik hingga ke tingkat satu hotel dan bot sukar untuk datang ke tempat kami kerana arus deras dan air tinggi.”

Demikian perkongsian pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM), Mimi Nadzirah Afiqah Md. Suhaimi, 21, yang masih terkandas di Wangburapa Grand Hotel di Hatyai, Thailand akibat banjir.

Menurutnya, keadaan itu menyebabkan situasi bertambah sukar termasuk bagi pihak berkuasa untuk menyelamatkan mereka.
“Keadaan semua pelajar dan kakitangan UUM masih terkawal dengan bekalan makanan yang terhad. Ketika ini kami hanya mengharapkan Konsulat Jeneral Malaysia untuk mendapatkan makanan.

“Namun, makanan yang diberikan sangat terhad menyebabkan kami perlu berkongsi sesama kami. Kami berharap ada lagi bantuan bekalan makanan daripada mana-mana pihak,” katanya hari ini.

Kosmo! semalam melaporkan bahawa operasi memindahkan 36 pelajar dan empat pensyarah UUM yang terkandas dalam banjir besar di Hatyai ke tempat selamat terpaksa ditangguhkan berikutan hujan lebat.

Kesemua pelajar dan pensyarah pengiring daripada Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA-UUM) berada di sana bagi mengikuti program Thai-MYS Cultural Exchange Programme 2025. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI