fbpx
Anggota bomba memadam kebakaran sebuah pejabat Putik di Jalan Maktab, Taman Orkid dekat Kota Bharu hari ini. Foto IHSAN BOMBA

Bangunan Pas di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Seorang pengawal keselamatan panik selepas menyedari pejabat berdekatan pondok pengawal di bangunan milik Pas di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik) di Jalan Maktab, Taman Orkid dekat sini terbakar awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.50 pagi itu, pengawal terbabit yang berusia lingkungan 60-an terkejut melihat api marak membakar pejabat yang menempatkan peti besi dan fail terletak bersebelahan pondok pengawalnya.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Che Mazlan Mohamed berkata, sebaik menyedari pejabat berkenaan terbakar, pengawal terbabit terus menghubungi penyelia Putik memaklumkan berhubung kebakaran itu.
Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 5.31 pagi sebelum lapan anggota termasuk pegawai bergegas ke lokasi kejadian.

“Semasa tiba di Putik, pasukan bomba mendapati sebuah pondok pengawal dan pejabat pengurusan sudah terbakar sebanyak 80 peratus.

“Pemeriksaan di dalam pejabat itu mendapati, ia menempatkan peti besi dan sejumlah fail. Kebakaran berjaya dikawal kira-kira pukul 5.49 pagi dan operasi memadam api tamat sejam kemudian,” katanya ketika dihubungi hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI