fbpx
Gambar hiasan

Amaran banjir Setiu, Kemaman mulai Khamis ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA –  Beberapa kawasan di Setiu dan Kemaman, Terengganu dijangka dilanda banjir susulan hujan berterusan dan peningkatan paras air sungai.

Kejadian banjir dijangka berlaku antara 27 November, bermula 1 tengah hari sehingga 29 November, 3 pagi, namun tidak berkemungkinan ia berlaku lebih awal atau lewat daripada jangkaan.

Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN), Jabatan Pengairan dan Saliran dalam kenyataan memaklumkan, amaran itu dikeluarkan berikutan Amaran Hujan Berterusan (Buruk) oleh Jabatan Meteorologi Malaysia pada 25 November lalu, selain paras Sungai Setiu dan Sungai Kemaman yang diramal melimpahi aras bahaya.
“Antara kawasan rendah dalam lingkungan lima kilometer dari Sungai Setiu yang terlibat termasuk Kg. Pandan Jaya, Kg. Rhu 10, Felda Kg. Rahmat, Kg. Bukit Mok Som, Kg. Chalok Kedai, Kg. Gong Terap, Kg. Lubuk Panjang,Kg. Padang Saujana, Kg. Bahagia, Kg. Che Mohid, Kg. Guntung Dalam, Kg. Guntung Luar, Kg. Hulu Kekabu, Kg. Padang Serai, Kg. Pancor Merah, Kg. Saujana.

“Turut terlibat, Kg. Kuala Setiu, Kg. Limau Nipis, Kg. Pengkalan Gelap, Kg. Besut, Kg. Buluh Hilir, Kg. Buluh Hulu, Kg. Che Long, Kg. Hulu Seladang, Bandar Permaisuri, Kg. Banggol, Kg. Permaisuri, Kg. Putera Jaya, Kg. Tasik, Kg. Beris Tokku, Kg. Fikri, Kg. Nyatoh dan Kg. Mangkuk.

Selain itu, antara kawasan rendah dalam lingkungan lima kilometer dari Sungai Kemaman yang dijangka terjejas ialah Kg. Fikri, Kg. Kuala Kemaman, Kg. Mak Lagam, Kg. Paya Berenjut, Kg. Pasir Minal, Kg. Pulau Tempurung, Kg. Tok Kapor, Binjai, Bandar Baru Bukit Mentok, Kg. Bukit Mentok, Kg. Kubang Kurus, Kg. Mak Chili, Kg. Pengkalan Pandan, Kg. Paman, Kg. Pasir Gajah, Kg. Pasir Semut, Kg. Pelantuh, Kg. Sungai Pinang, Kg. Bukit Kuang, Kg. Pengkalan Cicar, Kg. Teluk Kalong, Perumahan Mampu Milik Telok Kalong.

“Turut dijangka terjejas ialah Kg. Air Putih, Kg. Batu 14, Kg. Batu 16 Tebak, Kg. Dadong, Kg. Darat Air Putih, Felda Seberang Tayor, Kg. Jenang Baru, Kg. Macang Setahun, Kg. Seberang Tayor Hilir, Kg. Seberang Tayor Hulu, Kg. Sungai Mas, Kg. Teladas, Kg. Jabor Perasing, Kg. Sungai Pergam, Kg. Ibok, Kg. Padang Kemunting, Kg. Pondok Limau, Kg. Yak Yah, Kg. Payoh dan Kg. Baru Kemasik.

PRABN berkata, amaran ini bertujuan memberi peluang kepada penduduk terlibat untuk bersiap sedia, berpindah lebih awal, serta mematuhi arahan pihak berkuasa sekiranya pemindahan diarahkan.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat semasa di laman rasmi infobanjir melalui pautan publicinfobanjir.water.gov.my. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI