KOTA TINGGI – Penumpang bas kilang berdepan detik cemas apabila kenderaan dinaiki terlibat kemalangan dalam kejadian di Kilometer 48 Johor Bahru-Mersing, di sini pagi hari ini.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, pihaknya menerima laporan kemalangan itu kira-kira pukul 6.15 pagi yang melibatkan sebuah bas jenis Hino.
“Siasatan awal mendapati bas berkenaan yang dipandu lelaki warga emas berusia 75 tahun dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas.
“Pemandu dan 10 penumpang bas tersebut mengalami kecederaan dan sedang menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Kota Tinggi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, kes disiasat masih disiasat bawah Seksyen 47(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Menurutnya jika sabit kesalahan boleh didenda RM5,000 hingga RM10,000 atau penjara hingga setahun atau kedua-duanya sekali juga boleh dibatalkan lesen memandu secara serta-merta.
“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian tersebut diselurkan kepada Pegawai Penyeiasat Muhammad Danial Syafiq Azahari 016-8738498,” katanya lagi. – KOSMO! ONLINE














