fbpx
Siti Norina (tengah) menyantuni calon SPM di SMK Sultan Ismail, Kota Bharu hari ini. Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN / KOSMO!

BAnjir: 100 calon SPM terjejas di Kelantan, naik trak ke pusat peperiksaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Seramai 100 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di tiga daerah di Kelantan terjejas ekoran banjir yang melanda negeri ini sejak beberapa hari lalu.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan, Siti Norina Muhamad berkata, daripada jumlah itu, seramai 56 calon dari Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Nurul Huda Kajang Sebidang, Tumpat yang dipindahkan ke asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Falahiah kelmarin.

Katanya, 29 calon ketika ini berada di pusat pemindahan sementara (PPS) apabila rumah mereka dinaiki banjir. Mereka terdiri daripada 12 calon di Tumpat, Bachok (11) dan Kota Bharu (6).

“Selain itu, seramai 15 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kutan, Tumpat dipindahkan ke asrama SMK Mahmud Mahyidin bagi memudahkan urusan mereka sepanjang SPM.

“Pelajar yang ditempatkan di SMK Mahmud Mahyidin dibawa menggunakan trak tentera untuk menjawab peperiksaan di sekolah asal mereka pagi ini,” katanya pada sidang akhbar selepas menyantuni calon SPM di SMK Sultan Ismail di sini hari ini.

Siti Norina berkata, kebanyakan calon yang terjejas banjir akur untuk tinggal di asrama dan ada yang berpindah ke rumah saudara-mara bagi memudahkan pergerakan ke pusat peperiksaan.

Katanya, seramai 27,361 calon menduduki SPM di 286 pusat peperiksaan di 10 daerah hari ini.

“Pusat-pusat peperiksaan itu melibatkan sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, SABK, Maktab Rendah Sains Mara, sekolah di bawah Yayasan Islam Kelantan dan calon persendirian,” ujarnya.

“Selain itu, 10 pusat peperiksaan alternatif diaktifkan sekiranya banjir berlaku di semua daerah. Setakat ini hanya satu pusat peperiksaan alternatif di SMKA Falahiah yang dibuka menempatkan calon dari SABK Nurul Huda Kajang Sebidang,” katanya.

JPN Kelantan turut menyediakan perkhidmatan psikososial kepada calon yang terjejas bagi memastikan mereka dapat menduduki peperiksaan dengan selamat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN