fbpx
Abdul Rahman (empat dari kiri) beramah mesra dengan graduan cemerlang ketika sidang media Upacara Konvokesyen Ke-63 USM di Bangunan Canselori USM, hari ini. Foto oleh DANIAL SAAD/KOSMO!

USM sedia bantu graduan terjejas banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Universiti Sains Malaysia (USM) sedia menghulurkan bantuan kepada graduannya yang terjejas bencana banjir sempena Upacara Konvokesyen Ke-63, tahun ini.

Naib Canselor USM, Profesor Datuk Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed berkata, setakat ini tiada graduan dari universiti berkenaan yang dilaporkan terkesan akibat masalah tersebut.

“Jika ada dalam kalangan mereka (graduan) tiada dapat berbuat demikian, mereka boleh maklum kepada pihak USM,” katanya pada sidang media khas sempena Upacara Konvokesyen Ke-63 USM di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, Kampus Kesihatan USM di Kubang Kerian, Kelantan ketika masih belum terjejas akibat bencana banjir.

“Setakat ini, tiada ada apa-apa masalah (banjir) lagi. Di sana (Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia) mungkin ada kakitangan atau pelajar yang terjejas.

“Itu kita ambil perhatian untuk membantu mereka. Pihak USM memang ada buat pemantauan rapi,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI