MELAKA – Tiga penyamun ditembak mati oleh sepasukan polis selepas menetak seorang anggota polis berpangkat koperal yang cuba menahan kumpulan dikehendaki itu berhampiran ladang sawit di Durian Tunggal, di sini awal pagi tadi.
Kumpulan digelar ‘Geng DT’ itu terdiri daripada dua lelaki berusia 24 tahun dan seorang lagi berusia 29 tahun. Mereka dipercayai terbabit dalam 20 kes pecah rumah dan bangunan sejak tahun 2024 dengan kerugian mencecah RM1.3 juta.
Mengikut modus operandi, kumpulan penjenayah itu bergerak dengan berjalan kaki sambil membawa senjata untuk menyamun di premis sasaran mereka bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa.
Berita lanjut menyusul.














