fbpx
Gambar hiasan

Terkandas banjir, Papagomo tidak hadir kes mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG- Pendakwaan yang sepatutnya berlangsung di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap blogger kontroversi, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau dikenali sebagai Papagomo ditangguhkan ke 1 Disember depan.

Difahamkan, bekas EXCO Pemuda UMNO itu terkandas akibat banjir di suatu lokasi dan tidak dapat hadir ke mahkamah sebagaimana dijadualkan.

Wan Muhammad Azri selaku Orang Kena Saman (OKS) oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bakal berdepan pertuduhan penyebaran kandungan berita palsu melibatkan senarai ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat yang didakwa menarik sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada 2 November lalu, media melaporkan penulis blog itu sekali lagi ditahan polis bagi membantu satu siasatan kes.

Perkara tersebut disahkan peguam, Rafique Rashid Ali yang memaklumkan Papagomo ditahan di hadapan rumahnya.

Sebelum itu, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 24 September lalu memerintahkan Papagomo membela diri atas pertuduhan menghasut yang mendatangkan kebencian terhadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN