fbpx
Rafizi.

Sebahagian masyarakat kita ‘mensucikan’ rasuah – Rafizi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa sebahagian anggota masyarakat ‘mensucikan’ perbuatan rasuah.

Kata beliau, terdapat anggota masyarakat beranggapan tidak mengapa rasuah selagi ia diperoleh pihak yang sama dengan mereka.

“Ada yang kata kalau tak rasuah macam mana nak buat bisnes. Ada yang kata apa nak kisah pasal rasuah asalkan orang kita dapat.

“Ada yang menunggang lawan rasuah, rupa-rupanya sebab dia nak pula, nak ambil tempat laba rasuah bila kerajaan bertukar,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata, salah satu sebab utama beliau terjebak dalam politik adalah kerana kebencian kepada rasuah.

Bagaimanapun, katanya, beliau berasa kesal apabila mendapati ada sebahagian masyarakat yang ‘mensucikan’ rasuah.

“Saya dah habiskan lebih 20 tahun bercakap dan melawan rasuah. Lama-lama saya pun susah nak percaya slogan mahupun kempen.

“Sebab yang saya nampak ini: Rasuah itu tidak salah. Rasuah hanya menjadi salah jika saya tidak terlibat. Tetapi jika saya sendiri terlibat dalam rasuah itu, saya akan mempertahankannya..

“Saya terjumpa kebijaksanaan ini daripada seorang ahli politik juga,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI