fbpx
Kakitangan DBKL melakukan kerja-kerja pembersihan pokok tumbang dan saluran limpah bagi memastikan keselamatan dan kelancaran pergerakan warga kota

Rancang perjalanan, elak kawasan mudah dinaiki air – DBKL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pengguna jalan raya di Kuala Lumpur diminta merancang perjalanan berikutan hujan lebat serta angin kencang yang melanda beberapa kawasan di ibu negara ketika ini.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan berkata, pengguna jalan raya di ibu negara disaran mengelak daripada melalui kawasan yang rendah dan mudah dinaiki air.

Menurut DBKL, hujan lebat serta angin kencang yang melanda beberapa kawasan di Kuala Lumpur ketika ini berpotensi menjejaskan perjalanan harian mereka.

“DBKL menasihatkan warga kota berhati-hati ketika memandu dan patuhi arahan petugas di lapangan. Rancang perjalanan lebih awal serta pantau perkembangan cuaca dari sumber rasmi.

“Jaga keselamatan diri dan keluarga sepanjang cuaca tidak menentu ini. Marilah kita semua mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan bersama,” kata kenyataan itu hari ini.

Dalam kenyataan berasingan, DBKL memaklumkan kakitangannya kini berada di lapangan bagi memastikan keselamatan serta kelancaran pergerakan warga kota ekoran hujan di Kuala Lumpur.

Jelas DBKL, tumpuan kerja-kerja meliputi pengurusan aliran trafik, pemantauan paras air sungai dan kawasan berisiko, pembersihan ‘scupper drain’ (saluran limpah) bagi memastikan aliran air lancar tanpa halangan.

Kata kenyataan itu, DBKL turut melakukan pengalihan pokok tumbang bagi menjamin keselamatan pengguna jalan raya dan pejalan kaki. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN