fbpx
Kejadian pokok tumbang berhampiran Stesen LRT Bangsar.

Pokok tumbang hempap kenderaan di LRT Bangsar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Beberapa kenderaan dihempap pokok tumbang dalam kejadian berhampiran Stesen Transir Aliran Ringan (LRT) Bangsar, di sini hari ini.

Menerusi perkongsian di media sosial, kejadian dipercayai berlaku pagi tadi di Jalan Ang Seng.

Berdasarkan foto yang dimuat naik, kelihatan beberapa kenderaan yang diparkir di kawasan berkenaan turut terjejas dihempap pokok.

Bagaimanapun, jumlah kenderaan terlibat dan tahap kerosakan belum dapat dikenal pasti.

Kosmo! sedang berusaha mendapatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur bagi mengesahkan kejadian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI