fbpx
Pasukan penyelamat membawa mayat seorang pelajar yang ditemui lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika mandi bersama rakanya di kawasan rekreasi Sungai Buluh, Sedim, Karangan, hari ini. Foto AZAHAR HASHIM

Penuntut universiti lemas di Sungai Sedim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KULIM – Seorang penuntut sebuah universiti swasta ditemukan lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika mandi bersama tiga rakannya di kawasan rekreasi Sungai Buluh, Sedim, Karangan, di sini hari ini.

Mangsa, Nor Airil Hazimi Mansur, 21, berasal dari Tanah Merah, Kelantan ditemui lemas kira-kira pukul 12.30 tengahari tadi di kawasan berbatu di Lubuk Jong iaitu kira-kira 800 meter dari tempat mangsa terjatuh.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Zulkifli Azizan berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada pukul 10.15 pagi memaklumkan kejadian lemas membabitkan seorang lelaki.
Menurutnya, siasatan mendapati mangsa bersama tiga rakannya tiba di kawasan rekreasi itu sekitar 8.30 pagi sebelum turun mandi di sungai berkenaan.

“Ketika sedang mandi, rakan mangsa ternampak dia hanyut dibawa arus deras. Mereka cuba menyelamatkannya namun gagal kerana keadaan air yang kuat,” katanya.

Menurut Zulkifli, tiga rakan mangsa yang tidak pandai berenang hanya mampu meminta bantuan orang kampung, manakala seorang sahaja yang boleh berenang cuba membantu tetapi tidak berjaya.

Jelasnya, mayat mangsa ditemukan pada 12.30 tengah hari, kira-kira 800 meter dari titik awal kejadian, sebelum dibawa naik ke tebing oleh pasukan penyelamat.

“Hasil pemeriksaan tidak menemui sebarang kecederaan yang boleh dikaitkan dengan unsur jenayah. Rakan-rakan mangsa turut membuat pengecaman dan mengesahkan identiti mayat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN