fbpx
Tangkap layar video tular kemalangan pertama di Pekan Bahau, di sini, petang semalam.

Pemandu pikap tular ditahan ketika buat laporan kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JEMPOL – Pemandu pikap yang sebelum ini tular dalam kemalangan di pekan Bahau di sini ditahan selepas hadir ke balai polis untuk membuat laporan kali kedua.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Norhisham Mustapar berkata, dalam kejadian pukul 11.30 malam semalam berlaku kemalangan di Kilometer satu, Jalan Bahau-Juasseh berhampiran persimpangan Taman ACBE melibatkan kereta jenis Mercedes-Benz dan pikap Vigus.

“Kejadian dipercayai berlaku ketika pemandu kereta lelaki berusia 57 tahun dalam perjalanan dari arah Juasseh. Setibanya di lokasi kejadian, semasa lampu isyarat bertukar hijau pemandu kereta membelok ke kanan untuk ke Taman ACBE.

“Tiba-tiba datang sebuah pikap dipandu lelaki berusia 49 tahun dari arah bertentangan tidak berhenti ketika lampu isyarat merah menyebabkan berlaku perlanggaran.

“Bagaimanapun, kedua-dua pemandu tidak cedera dan hadir membuat laporan polis. Pemandu pikap ditahan dan permohonan reman dipohon di Mahkamah Majistret Bahau,” katanya hari ini.

Polis meminta saksi kejadian supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Trafik Daerah Jempol di talian 016-2348669 bagi membantu siasatan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN