PONTIAN – Seorang wanita tidak menyangka pelukan erat dan ciuman berkali-kali menjadi petanda suami tercinta ‘pergi’ meninggalkannya buat selama-lamanya.
Arwah, Mohd. Aqil Naim Mohamad Tahar, 33, maut selepas kereta jenis Honda Civic yang dipandu hilang kawalan sebelum terbabas dan masuk ke dalam parit berhampiran bersebelahan masjid di Kampung Parit Panjang di sini hari ini.
Dalam kejadian pada pukul 2.30 pagi itu, Mohd. Aqil disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah pada badan dan kepala.
Menurut Norfaqeah Oney, 25, arwah suaminya meninggalkannya dan dua anak mereka di rumah keluarganya di Kampung Puteri Menangis, di sini.
“Kira-kira 15 minit kemudian pada pukul 1.40 pagi, saya lihat suami merakam sesuatu (recording voice) pada telefon bimbit, namun pesanan suara tidak dihantar.
“Saya tunggu sampai pukul 1.52 pagi, dia masih tak hantar lalu saya tertidur. Pada pukul 3.23 pagi, saya terima panggilan telefon daripada keluarga suami yang memaklumkan arwah sudah tiada.
“Saya terkejut kerana baru sahaja kami berpisah, kini dia sudah tiadanya,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik, Hospital Pontian di sini, hari ini.-KOSMO! ONLINE














