fbpx
Lelaki itu dilihat membuang air kecil di tepi sebatang jalan yang sibuk di Bali. - Facebook

Pelancong ‘mat saleh’ kencing merata 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang pelancong menerima kecaman orang ramai apabila dirakam bersahaja membuang air kecil di sebatang jalan yang sibuk di Bali, lapor portal berita Lambe Turah. 

Imej dimuat naik di platform Facebook olah akaun Info Balinese menunjukkan ‘mat saleh’ itu memberhentikan kereta dipandunya di tepi jalan. 

Dia kemudian keluar daripada kereta lalu membuang air kecil. 

Dia bukan sahaja membuang air kecil di tempat awam, malah memberhentikan kenderaan di laluan utama. 

Hantaran itu menjadi tular dan menerima lebih 200 komen. 

“Penduduk di sini (Bali) suka kencing merata tetapi bukan tengah jalan,” kata seorang netizen. 

“Dia pernah lihat orang lokal bertindak serupa tetapi tidak dihukum,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI