fbpx
Banjir yang turut melanda kawasan pertanian menjejaskan bekalan, seterusnya memberi tekanan kepada harga. - Gambar hiasan

Patuhi arahan pihak berkuasa jika diminta berpindah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Golongan petani, penternak dan nelayan yang terjejas akibat bencana banjir diminta mematuhi arahan pihak berkuasa sekiranya mereka diminta untuk berpindah.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, keselamatan diri dan keluarga adalah keutamaan.

“Jangan cuba ambil risiko merentas arus atau kembali ke kawasan berbahaya. Nyawa lebih berharga,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Katanya, beliau memahami situasi sukar yang dihadapi golnogan tersebut kerana bencana yang berlaku bukan sahaja menjejaskan rumah dan keluarga, tetapi tanaman, ternakan dan sumber rezeki.

“KPKM akan menilai segala keperluan dan bantuan bersesuaian supaya kerja tuan-tuan dapat disambung semula sebaik keadaan mengizinkan. Kita akan bangkit bersama. Semoga Allah memberi perlindungan kepada kita semua,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI