PETALING JAYA – Hujan lebat berterusan sejak semalam menyebabkan beberapa paras air di sungai Selangor, Kedah, Perlis dan Perak mencatatkan bacaan melebihi paras bahaya setakat pukul 6 petang ini.
Menerusi laman web info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), di Selangor, Sungai Langat di Batu 12, Hulu Langat aras air telah melebihi tahap bahaya iaitu 10.6 meter (m), Sungai Bernam di Jambatan SKC, Hulu Selangor (1.15 m), Sungai Binjai Rasau di Taman Desa Kemuning, Klang (1.2 m).
Turut dalam aras air melebihi tahap bahaya Sungai Langat di Bukit Changgang, Kuala Langat dengan paras (0.53 m) dengan ternd menaik, Sungai Bakul di Kampung Budiman, Petaling (0.32 m) pada trend menurun.
Di Kedah pula melibatkan, Sungai Sintok di Universiti Utara Malaysia Sintok, Kubang Pasu dengan paras melebihi tahap bahaya iaitu sebanyak 0.17 m pada trend menaik manakala Sungai Sari di Kilang Gula Padang Terap (0.13 m), Sungai Titi Kerbau di Kubur Panjang (F2), Pendang (0.12 m), Sungai Laka di Kampung Padang Pasir, Kubang Pasu (1.87 m) masing-masing pada trend meningkat.
Perlis pula mebilatkan sungai di Sungai Jarum di Kampung Masjid, Padang Besar menunjukkan paras air bahaya degan bacaan 0.48 m, Sugai Jarum di Kampung Masjid (F2), Padang Besar (0.51 m), Sungai Kampung Bakau di Kampung Bakau, Kangar (0.1 m), Empangan Timah Tasuh, Padang Besar (1.1 m) dan Sungai Chuchoh di Kampung Chantik, Padang Besar (1.54 m) dengan semua pada trend meningkat.
Manakala di Perak, melibatkan Sungai Slim di Slim River, Mualim dengan bacaan melebihi tahap bahaya pada 1.27 m, Sungai Bidor di Changkat Jong, Hilir Perak (0.97 m) dengan bacaan trend menaik. – KOSMO! ONLINE














