Pemasyuran Politeknik Maritim Sultan Nazrin Shah (PMSN) di Bagan Datuk, Perak baru-baru ini, cukup bermakna terutama bagi industri maritim. Majlis yang disempurnakan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah itu membuktikan bahawa institusi pengajian tinggi (IPT) tersebut mempunyai peranan penting dalam memastikan industri maritim terus dipelopori oleh anak-anak tempatan. Ini kerana, industri itu merupakan antara sektor yang cukup penting bagi pembangunan negara dan dalam konteks pendidikan tinggi, ia menjadi ‘jambatan’ pihak industri dan golongan muda yang bakal menjejakkan kaki dalam…














