fbpx
Pelajar Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Kota meredah banjir di kawasan Taman Bendahara, Pengkalan Chepa dekat Kota Bharu semalam. Foto KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

Mangsa banjir di Kelantan meningkat 8,235 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Seramai 8,235 mangsa daripada 3,017 keluarga di empat daerah di Kelantan berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) susulan hujan berterusan melanda kawasan tersebut sejak kelmarin.

Menurut jurucakap Sekreteriat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan, daerah Tumpat mencatatkan bilangan mangsa bah paling ramai iaitu sebanyak 4,352 orang.

Katanya, Kota Bharu merekodkan 2,271 mangsa, diikuti Bachok (1,487 orang) dan Pasir Puteh (125 orang).

“Kesemua mangsa ditempatkan di 33 buah PPS. Enam daerah lain iaitu Machang, Jeli, Pasir Mas, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang masih belum terjejas banjir,” katanya.

Menurut jurucakap itu, paras Sungai Melor di Bachok dan Sungai Semerak, Pasir Puteh mencatatkan bacaan berjaga-jaga, manakala sungai-sungai lain masih berada pada tahap normal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN