fbpx
JOHARI menunjukkan perbezaan antara minyak masak terpakai yang telah diproses (kanan) dan belum diproses ketika mengadakan lawatan kerja ke Loji Ecoceres Renewable Fuels Sdn Bhd, Pasir Gudang, Johor Bahru hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI

Malaysia tepis persepsi negatif pembeli Eropah berkaitan SAF

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Malaysia menepis keras dakwaan kononnya pembeli Eropah memandang serong terhadap bahan api penerbangan mampan (SAF) negara berikutan isu penebangan hutan.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, tuduhan bahawa minyak sawit Malaysia tidak sesuai digunakan sebagai stok suapan (feedstock) SAF adalah tidak tepat dan telah diperbesarkan.

Menurutnya, minyak masak terpakai (UCO) sebenarnya menjadi sumber utama bagi SAF dan mendapat kedudukan premium di pasaran Eropah kerana ciri kitar semula serta impak karbonnya yang jauh lebih rendah.

“Tiada isu persepsi negatif. Pasaran Eropah mengiktiraf UCO sebagai bahan mentah berkualiti tinggi.

“Tambahan pula, Malaysia ada Pensijilan MSPO yang menjamin penghasilan sawit secara lestari,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke loji biopenapisan SAF pertama negara, EcoCeres Renewable Fuels Sdn. Bhd. di Pelabuhan Tanjung Langsat, Pasir Gudang, di sini hari ini.

Loji mega itu, yang baru memulakan pengeluaran bulan lalu, mempunyai kapasiti berlesen 350,000 metrik tan setahun, sekali gus mengangkat Malaysia sebagai pemain baharu yang agresif dalam pasaran biofuel global.

Sebelum ini, laporan media antarabangsa mendakwa pembeli Eropah was-was terhadap minyak sawit sebagai stok suapan SAF kerana isu penebangan hutan, namun Johari menegaskan negara ini mempunyai rekod lestari yang kukuh dan diperakui.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sebagai pengeluar minyak sawit kedua terbesar dunia, Malaysia bukan sahaja mempunyai bekalan bahan mentah yang mantap, malah kini melangkah lebih progresif dalam pembangunan biofuel rendah karbon.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI