fbpx
KEADAAN lori milik Jabatan Perhutanan Perak yang tidak dapat dikawal sebelum terjunam ke dalam gaung setinggi lima meter di Jalan Gunung Batu Putih-Hutan Lipur Kuala Woh, Tapah dalam kejadian pada pukul 2.30 petang semalam. - Foto JBPM PERAK

Lori Jabatan Perhutanan Perak jatuh gaung kerana hujan lebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAPAH – Seramai 12 mangsa melibatkan majoriti warga kerja Jabatan Perhutanan Perak dan malim gunung cedera apabila pemandu lori jabatan itu tidak dapat mengawal kenderaan sebelum ia terjunam ke dalam gaung setinggi lima meter di Jalan Gunung Batu Putih-Hutan Lipur Kuala Woh di sini pada pukul 2.30 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Johari Yahya berkata, dalam kejadian itu, lori yang dipandu oleh seorang lelaki berumur awal 30-an itu dalam perjalanan pulang setelah selesai menjalankan tugas memasang papan tanda sekitar Gunung Batu Putih.

“Semasa menuruni jalan berbukit dengan situasi hujan lebat, tayar sebelah kiri lori disyaki telah tergelincir ke sebelah kiri jalan kerana keadaan jalan yang sempit dan licin sebelum hilang kawalan sebelum terbabas, berpusing beberapa kali sebelum jatuh ke dalam gaung sedalam lima meter.

“Kesemua yang terlibat dalam kemalangan ini telah berjaya keluar daripada lori dengan bantuan orang awam dan bomba,” katanya di sini hari ini.

Katanya, kesemua 12 mangsa yang cedera telah dihantar ke Hospital Tapah untuk mendapat rawatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN