BATU PAHAT – Seorang lelaki maut selepas dihempap ‘coupling shaft’ atau gandingan aci pusingan sebuah lori tercabut dalam kejadian di Sri Bengkal di sini pagi hari ini.
Dalam kejadian pada kira-kira pukul 9 pagi, mangsa disahkan maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian badan dan kepala.
Menerusi gambar dan video yang tular, kejadian itu melibatkan penumpang kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza.
Dalam gambar berkenaan turut kelihatan gandingan aci pusingan itu menembusi cermin hadapan Perodua Alza dan mangsa terbujur kaku serta peralatan itu terletak di bahagian belakang kenderaan.
Kosmo! dalam usaha untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan kejadian terbabit.-KOSMO! ONLINE















