fbpx
Tengku Zafrul tiba di Nairobi, Kenya semalam.

Insya-Allah kita bawa pulang berita gembira- Tengku Zafrul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Insya-Allah, kita bawa pulang berita gembira’,” kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Menurut beliau, misi negara ke benua Afrika diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini dalam persinggahan terakhir iaitu Kenya.

“Alhamdulillah. Misi kami diteruskan di Nairobi, Kenya. Inilah persinggahan terakhir lawatan rasmi kami ke Afrika. Doakan kelancaran misi kami.

“Fokus utama kami adalah untuk memuktamadkan kerjasama ekonomi strategik dan membuka laluan untuk pelaburan baharu,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas ke benua Afrika pada 18 November lalu bagi siri lawatan rasmi dan kerja ke Ethiopia, Afrika Selatan dan Kenya.

Beliau diiringi Tengku Zafrul dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa serta pegawai kanan kerajaan lain.

Perdana Menteri turut ke Johannesburg bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin G20. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN