fbpx
Gambar hiasan. - JANAAN AI

‘Ingat tercekik tulang ayam, rupanya berus dawai’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang wanita berkongsi detik cemas apabila anaknya terpaksa menjalani pembedahan selepas mengalami sakit tekak berpanjangan akibat tertelan dawai berus pencuci pinggan.

Menerusi hantaran di Threads oleh @harleyquinny999, pada awalnya wanita itu menyangka anaknya tercekik tulang ayam ketika makan di sebuah restoran.

Namun, apabila kesakitan itu masih berlarutan, wanita tersebut membawa anaknya ke beberapa buah klinik sebelum mengambil keputusan untuk ke hospital bagi pemeriksaan lanjut.

Katanya, selepas menjalani imbasan CT, doktor mendapati ada objek asing tersekat pada tekak. Hasil pembedahan mendapati anaknya tertelan dawai berus basuh pinggan dipercayai tercampur dalam tepung ayam goreng.

“Anak makan ayam goreng dekat kedai, tercekik tulang katanya. Sudah muntahkan makanan, tetapi masih sakit tekak seperti ada benda (objek). Pergi tiga buah klinik dan selang dalam beberapa hari pun masih sakit. Pedih tak boleh telan makanan, sudah dekat dua minggu baru pergi hospital.

“Buat ‘CT Scan’ nampak ada benda asing dan buat pembedahan, rupa-rupanya dia tertelan dawai berus basuh pinggan. Rasanya dalam tepung ayam goreng lah kan? Sebelum ini pernah dengar kes macam ini. Tak sangka pula terkena pada diri sendiri,” tulisnya.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai pengguna media sosial dan rata-rata mereka turut berkongsi pengalaman serupa.

“Saya pun pernah terkena. Bukan (kedai) tepi jalan, tetapi sarapan pagi hotel! Jumpa waktu tengah makan nasi lemak. Nasib baik sejenis suka kuis sebelum masuk mulut,” kongsi @strwberyl.

“Saya pernah tiga kali kena bab berus dawai ini. Beli karipap tepi jalan sekali, makan ‘chicken chop’ sekali dan anak saya makan ‘mac and cheese’ dekat satu kafe pun kena juga,” kata Amalina.

“Salah satu sebab kenapa saya tidak guna berus dawai. Sebab mudah tercabut dawainya. Seram. Cepat sembuh anak,” kata Umi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN