fbpx
Tangkap layar video menunjukkan sekumpulan pekerja mengutip sampah yang dibuang oleh ibu mereka di Bangkok. - Facebook

Ibu buang jongkong emas lebih RM250,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Sebuah keluarga di Thailand meminta orang ramai membantu mencari tiga jongkong emas bernilai 2 juta baht (RM254,905) yang dibuang secara tidak sengaja oleh ibu mereka, lapor portal berita Must Share News. 

Kejadian berlaku di Bangkok pada 3 November lalu. 

Pemilik jongkong emas itu berkata, ibunya yang menghidap sakit nyanyuk mengeluarkan emas tersebut untuk diperiksa sebelum dimasukkan ke dalam sampul surat.

“Apabila lori sampah tiba pada keesokan pagi, ibu saya mengumpulkan sampah dan sampul surat tersebut untuk dibuang.

“Kehilangan emas itu disedari dua hari kemudian apabila ibu saya berhasrat untuk menjualnya,” kata individu tersebut. 

Selain melaporkan kepada polis, mereka cuba mencari emas itu di tapak pelupusan sampah tetapi gagal menemukannya. 

Seorang pegawai tempatan memaklumkan bahawa sampah masih belum diasing, manakala tapak pelupusan di kawasan mereka akan membakar sisa setiap hari. 

Keluarga tersebut menawarkan ganjaran tunai kepada individu yang menemukan sampul surat berisi jongkong emas milik mereka. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI