fbpx
Keadaan di sebuah PPS di Beruas petang tadi. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/KOSMO!

Hampir 2,000 penduduk terjejas banjir di Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Mangsa banjir di negeri ini terus merekodkan peningkatan apabila seramai 1,987 penduduk daripada 617 buah keluarga kini terjejas dengan bencana tersebut setakat pukul 10 malam ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak berkata, Manjung kekal menjadi daerah terbanyak mangsa banjir apabila 1,079 penduduk (319 keluarga) kini berlindung di 13 buah pusat pemindahan sementara (PPS).

“Ia diikuti daerah Perak Tengah yang merekodkan seramai 696 orang mangsa dari 233 buah keluarga dengan mereka ditempatkan di enam buah PPS.

“Seterusnya ialah Hilir Perak yang mempunyai 156 orang mangsa melibatkan 46 buah keluarga dan mereka ditempatkan di dua buah PPS, diikuti Larut, Matang dan Selama yang merekodkan 38 mangsa (11 keluarga) yang berlindung di dua buah PPS,” katanya di sini hari ini.

Katanya, Bagan Datuk pula merekodkan seramai 18 orang mangsa melibatkan lapan buah keluarga, dengan mereka ditempatkan di sebuah PPS, manakala proses pemindahan mangsa masih berlangsung di daerah Muallim di sebuah PPS. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI