fbpx
Segelintir individu dilihat masih mendekati pesisir pantai yang bergelora di Pantai Seberang Takir, Kuala Nerus hari ini.

Fenomena ombak besar bukan pesta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegur sikap segelintir individu yang masih berdegil menghampiri pesisir pantai Terengganu sepanjang tempoh Monsun Timur Laut (MTL) pada masa ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, tindakan mereka melakukan aktiviti air, beriadah mahupun sekadar mahu menyaksikan ombak besar amat membahayakan keselamatan.

“Kita khuatir berlaku insiden tidak diingini termasuk menyebabkan kecederaan kerana ombak besar berisiko turut membawa sisa sampah, kayu dan batu.

“Patuhi juga papan tanda amaran dan bendera mereka yang telah dipasang pihak berkuasa tempatan (PBT) di kawasan pantai berisiko,” katanya di sini hari ini.

Tinjauan Kosmo! di beberapa pantai peranginan seperti Pantai Batu Burok di sini dan Pantai Seberang Takir, Kuala Nerus mendapati masih terdapat tergelintir individu berdegil melakukan aktiviti air biarpun berhadapan dengan laut bergelora.

Azli berkata, ibu bapa juga dinasihatkan memantau pergerakan anak-anak terutama di kawasan rendah yang mudah dinaiki air bagi mengelakkan insiden lemas atau terperangkap dalam arus deras.

Beliau berkata, pihak berkuasa juga akan meningkatkan rondaan di pesisir pantai berisiko sepanjang tempoh MTL ini.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN