fbpx
Dortmund menyatakan solidariti kepada rakyat Malaysia yang menghadapi banjir ketika ini.

Dortmund sampaikan solidariti kepada mangsa banjir di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kelab gergasi Bundesliga, Borussia Dortmund menyatakan solidariti mereka kepada rakyat Malaysia yang sedang berdepan musim banjir.

Dalam kenyataan ringkas menerusi satu hantaran di Instagram, hari ini, Dortmund menzahirkan keprihatinan terhadap semua mangsa yang terjejas serta mengingatkan mereka agar mengutamakan keselamatan sepanjang tempoh bencana.

“BVB sentiasa bersama rakyat Malaysia sepanjang musim banjir ini. Buat semua mangsa yang terjejas, keselamatan anda adalah yang paling utama.

“Sentiasa berwaspada dan jaga diri baik-baik,” menurut hantaran tersebut.
Setakat malam ini, seramai 16,057 orang mangsa melibatkan 5,522 keluarga ditempatkan di 105 pusat pemindahan sementara di sembilan negeri.

Negeri yang terlibat bencana banjir ketika ini adalah Selangor, Kelantan, Perlis, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Terengganu, Sarawak dan Kuala Lumpur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI