fbpx
Keadaan banjir di Kampung Paya Nongmi, awal pagi ini.

Changlun pula dilanda banjir, 388 mangsa banjir di Kulim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Sekurang-kurangnya tiga kampung di sekitar Changlun dalam daerah Kubang Pasu menjadi lokasi terbaharu dilanda banjir di negeri ini ekoran hujan lebat yang berterusan.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kubang Pasu, Kapten (PA) Mohd. Adenin Suhaimi berkata, tiga kampung yang terjejas adalah Kampung Nangmah, Kampung Masjid dan Kampung Paya Nongmi.

Sementara di Kulim, seramai 388 mangsa daripada 118 keluarga berlindung di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga pukul 8 pagi ini.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Kedah, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Tok Dik menempatkan seramai 175 mangsa diikuti Masjid Al-Muhtadin Sungai Seluang (169) dan Surau Keda Naga Lilit (44).

Sembilan kampung yang terjejas adalah Kampung Sungai Seluang Atas, Kampung Sungai Seluang Bawah, Kampung Bukit Sarang Ayam, Kampung Siam, Kampung Titi Tok Aris, Kampung Paya Serdang, Kampung Batu 7 3/4 Padang Serai, Kampung Balik Bukit dan Kampung Naga Lilit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN